Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.~Khalifah Abdul Malik Bin Marwan~
RSS

ShoutMix chat widget

My Heartbeat

Followers

About Me

My photo
Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia
Ahlan Wasahlan Ilaikum...Nama diberi Nurul Ain Binti Ramlan. Berasal dari Negeri Johor. Menetap di Qrts ILP Ledang Muar. Merupakan graduan dari Universiti Darul Iman Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah).Sudah berkahwin dengan insan bernama Muhamad Ridhzuan Bin Rosli pada 13 Mac 2010.

Wednesday, March 9, 2011

Kemalangan Ngeri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Cerita pg nie yg aku nk bawa adlh berkenaan ngn kemalangan ngeri yg menimpa ke ats 3 org pekerja telekom...Semalam suami aku kta dia nk g Mersing, kne wt kerja kt sna....Dia call org telekom mersing yg incharge kt tmpt 2 tp xdpt2...Tetiba suamiku dpt pnggilan mengatakan org tersebut meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya yg teruk...Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un...Jd suami aku trus bergegas ke Hospital Kluang utk menziarahi arwah....

Dlm pkl 1.30 tghari aku call suamiku, dia kta dia ada kt dlm blik mayat...Tgh tgk mangsa tersebut...Aku tnya teruk sgt k?? dia ckp mmg truk sgt2....Aku berdoa dlm ati semoga suamiku dijauhkan dari bencana seperti itu...pkl 6.00 ptg aku cll lg suamiku tnya dia kt mna...Dia kta dia ade kt Mersing cz ikut anta kebumikan jenazah di Mersing....Suamiku g sna ngn bpa mertuaku sbb bapa mertuaku kja telekom gk...Akhirnya dia smpai rumah mlm td pkl 11 lbh..aku pn xsedar dia blik cz aku da tdo...letih sgt2...

Pg td aku tnya dia cmne keadaan mgsa 2...Dia kata mmg ngeri sgt2, dia xblh tdo sbb terbayang2 keadaan mangsa tersebut...Aku tnya smlm mkn k x, dia ckp seharian xmkn...sedih tul aku dgr dia ckp cm2...Pg nie aku cri berita psl kemalangan smlm...Akhirnya aku jmpa kt dlm Berita Harian....

Maut rempuh treler


KENDERAAN yang dipandu Jasni remuk selepas bertembung treler 
membawa muatan pasir di Kilometer (KM) 76, 
Jalan Batu Pahat-Mersing, semalam.

KLUANG: Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang lengkap beruniform maut, manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung treler membawa muatan pasir di Kilometer (KM) 76, Jalan Batu Pahat-Mersing, semalam. 

Dalam kemalangan jam 8 pagi berhampiran Kampung Gajah itu, Abdul Malik Abdullah, 49 dan Abdul Wahab Jaafar, 51, dalam perjalanan menghadiri kursus di pusat bandar, menaiki Proton Saga BLM yang dipandu rakan mereka Jasni Samad, 51.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad berkata, Jasni dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung treler yang menghala ke Mersing.

“Abdul Malik dan Abdul Wahab meninggal dunia di tempat kejadian manakala Jasni parah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. 

Mayat Abdul Wahab yang duduk di kerusi penumpang depan dan Abdul Malik yang tersepit dalam kereta berkenaan dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat dan rawatan. Bagaimanapun, pemandu treler yang berusia 41 tahun tidak mengalami kecederaan serius" katanya. 


Kedua-dua mangsa nie merupakan kawan sekerja suami aku bila suami aku kne wt kerja kt Mersing....Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Abdul Malik Abdullah dan juga Allahyarham Abdul Wahab Jaafar....AL-FATIHAH....

2 comments:

nasuha ramlan said...

al-fatihah.... takziah wt keluarga arwah..

ros said...

Takziah buat keluarga mangsa.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails