Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.~Khalifah Abdul Malik Bin Marwan~
RSS

ShoutMix chat widget

My Heartbeat

Followers

About Me

My photo
Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia
Ahlan Wasahlan Ilaikum...Nama diberi Nurul Ain Binti Ramlan. Berasal dari Negeri Johor. Menetap di Qrts ILP Ledang Muar. Merupakan graduan dari Universiti Darul Iman Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah).Sudah berkahwin dengan insan bernama Muhamad Ridhzuan Bin Rosli pada 13 Mac 2010.

Thursday, March 10, 2011

1.5 juta akaun Facebook kena hack!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Facebook sedang menyiasat seorang hacker yang bernama Kirllos kerana disyaki mencuri 1.5 juta akaun Facebook.Demikian kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Facebook, Barry Schnitt.
Dia mengatakan, pencurian akaun merupakan bentuk jenayah, apalagi kalau pencuri itu menjualnya ke pihak ketiga.
Kes pencurian akaun tersebut dilaporkan oleh iDefense Labs milik VeriSign, sebuah perniagaan sekuriti internet. VeriSign’s iDefense Labs melaporkan perniagaan data facebooker di sebuah forum di Rusia yang bernama Carder.su. Dalam forum tersebut, si penceroboh yang menggelar dirinya dengan nama Kirllos menjual beberapa pakej bisnes untuk melihat data para ahli network sosial ternama itu.
Contohnya, 1,000 ahli yang mempunyai 10 network friend ke bawah dijual dengan harga 25 dollar AS. Manakala, pakej serupa yang punya lebih dari 10 network friend dijual dengan harga 45 dollar AS.
Rick Howard, Pengarah iDefense, menyatakan bahawa nama akaun yang dijual kebanyakan berasal dari Eropah Timur hingga Amerika Syarikat. Masih menurut Howard, Kirllos mencuri data para facebooker menggunakan teknik phising. Teknik ini membuat para facebooker akan memberikan passwordnya.
Teknik lain ialah dengan melalui malware. Setelah itu, si penceroboh dapat mengambil data peribadi akaun facebooker, seperti nama, alamat, e-mail, dan nombor telepon.
Sebagai maklumat, iDefense mendakwa bahawa Kirllos telah mencuri setidaknya 1.5 juta akaun di Facebook.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails