Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.~Khalifah Abdul Malik Bin Marwan~
RSS

ShoutMix chat widget

My Heartbeat

Followers

About Me

My photo
Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia
Ahlan Wasahlan Ilaikum...Nama diberi Nurul Ain Binti Ramlan. Berasal dari Negeri Johor. Menetap di Qrts ILP Ledang Muar. Merupakan graduan dari Universiti Darul Iman Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah).Sudah berkahwin dengan insan bernama Muhamad Ridhzuan Bin Rosli pada 13 Mac 2010.

Thursday, August 19, 2010

Kisah Nabi Adam makan buah khuldi

Di sebuah sekolah, seorang Ustaz mengajar mengenai kisah Nabi Adam. Dia bercerita asal-usul manusia sehingga Nabi Adam diturunkan ke bumi kerana memakan buah khuldi bersama Hawa hasil hasutan Iblis.

Ustaz: Ok sekarang kamu faham tak kisah Nabi Adam?

Murid-murid : Faham Ustaz

Ustaz: Kalau faham, ustaz nak bagi satu soalan. Ajoi ..!(melihat Ajoi yang sedang berangan dari tadi)

Ajoi: Ya Ustaz. (Ajoi terperanjat dan anganan mengenai buah durian di dusun atuknya serta-merta hilang)

Ustaz: Kenapa Nabi Adam makan buah khuldi?

Ajoi: Err..(sambil garu kepala)

Ustaz: Tu la tadi saya mengajar kamu berangan. Jawab cepat, kenapa Nabi Adam makan buah khuldi?

Ajoi : Sebab buah durian belum musim Ustaz!

Satu kelas: Gelak berguling-guling

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails