Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.~Khalifah Abdul Malik Bin Marwan~
RSS

ShoutMix chat widget

My Heartbeat

Followers

About Me

My photo
Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia
Ahlan Wasahlan Ilaikum...Nama diberi Nurul Ain Binti Ramlan. Berasal dari Negeri Johor. Menetap di Qrts ILP Ledang Muar. Merupakan graduan dari Universiti Darul Iman Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah).Sudah berkahwin dengan insan bernama Muhamad Ridhzuan Bin Rosli pada 13 Mac 2010.

Thursday, January 7, 2010

SELAMAT TAHUN BARU...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Salam pada semua...hmm...sempena tahun baru nie, orang selalu kaitkan dengan azam baru bagi setiap seseorang...mesti orang akan tanya kita apa azam baru kita sempena tahun baru?? Azam baru...Bercakap mengenai azam baru nie...apa yang saya dapat simpulkan adalah mengenai azam pada diri kita sendiri, samada ingin berazam ingin buat baik atau sebaliknya...Kita xpernah dengar plak orang berazam benza yg buruk melainkan klu dri dia sndri xnk berubah walaupn seribu tahun dia hidup kt muka bumi nie...peribadi dia ttp cm2 gk..

So dalm meniti tahun
baru nie...skang da thn 2010...Apakata kita termasuk dri sya sndri berazam utk ke arah yg lebih baik dr thn2 sebelumnya...Bla lg kita nk ubah dri kita klu dri sndri xnk ubah dri sndri...Dalam Al-quran ada menyebut mengenai spe yg akan mengubah dri kita klu bkn dri kita sndri.Firman Allah S.W.T dalam Surah Ar-Ra’d ayat:

“...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri...”.

Sepertimana yang dikupas oleh Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi di dalam tafsirnya, ayat tersebut menjelaskan bahawa permasalahan yang berlaku di dalam masyarakat serta di alam sekitar adalah disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri. Justeru, sudah tentu untuk membaiki keadaan, yang perlu dibaiki terlebih dahulu adalah manusia-manusia itu sendiri.

Suka sya ingin mengingatkan dri sya dan semua manusia yg ada di muka bumi ini, sesungguhnya Allah telah menjanjikan yg terbaik buat hambanya bagi sesiapa yg berjaya menghijrahkan drinya dr diri yang sebelumnya seringkali alpa dan leka dengan kehidupan duniawi sehingga sanggup bertelagah sesama sendri dalam mengejar harta duniawi.

Walau apapun, setiap perkara yang ingin dilakukan berpunca dari niat seseorang samada manusia itu sendri ingin mengubah drinya dari yang baik kepada buruk atau sebaliknya. Niat merupakan aspek penting dalam hidup manusia. Walhal nak makan pn kita berniat, apatah lagi ingin melakukan perkara lain. Contohnya seperti kita bekerja untuk apa?? Dalam hati kita mesti terdetik bermacam2 kata yang mendorong kita ingin bekerja. Sesungguhnya kata hati itulah merupakan niat seseorang. Kita bekerja semestinya ingin mencari duit...Apa kita nk gunakan dengan duit tersebut?? Walaupn pada hakikatnya kita tidak menyatakan niat kita, tp kata hati kita telah menyatakan dengan terlebih dahulu barulah kita akan mengucapkannya dengan mulut. Maka secara tidak langsung kita berniat untuk menggunakan duit hasil kita bekerja seharian tadi untuk membeli barang keperluan harian sebagai contoh, ataupun ingin menggunakan duit tersebut untuk kegunaan lain.

Maka dengan ini, suka sya ingin mengingatkan skali lg, walau apapun azam bru kita pada thn bru ini, tekadlah dalam hati untuk melaksakan azam tersebut dengan penuh keazaman yg tinggi dan bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu perkara yg kita inginkan. Wallahu A'lam..










0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails