Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.~Khalifah Abdul Malik Bin Marwan~
RSS

ShoutMix chat widget

My Heartbeat

Followers

About Me

My photo
Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia
Ahlan Wasahlan Ilaikum...Nama diberi Nurul Ain Binti Ramlan. Berasal dari Negeri Johor. Menetap di Qrts ILP Ledang Muar. Merupakan graduan dari Universiti Darul Iman Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah).Sudah berkahwin dengan insan bernama Muhamad Ridhzuan Bin Rosli pada 13 Mac 2010.

Wednesday, December 9, 2009

Fatwa dari Arab Saudi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang

Salam...Aku baru jek bka email tetiba ade hamba Allah iaitu Sir Ahmad Rusydan bekas guru Taekwando aku msa kt Universiti dlu anta email pada aku berkenaan dengan beberapa fatwa dari Arab Saudi...Mari kita tgk sesama pe fatwa tersebut....n jgn slh sngka plak, isteri Sir Rusydan nie adalah ustazah di universiti aku....pensyarah di fakulti bahasa. skang nie diorg kt UK cz ustazah nie smbg blaja diperingkat Master..





My Lovely Rabbit

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam N selamat pagi semua...hehehe terutama pd dri aku sndri...bese r pg2 cmnie kne r ceria2 selalu...Ari nie pepagi lagi aku da g tgk arnb aku....Nk tgk dia da mkn lm...Bla nmpk jek aku jenguk dia...sumanya menerpa kt aku mnta mkn...hehehe mkin lama mkin comel n mkin chat...Alhamdulillah....Yg baru pas bersalin pn ade gk, ank2 dia da bsr2 da...comel sgt2...

hehe...tgk 2...haus sgt r 2

Ni suma arnab peliharaan aku kt umah....Comel x? tgk yg kt dlm gelung 2...yg nie 2 ekor ayh aku ltk dlm 1 kandang tk bagi dia mengawan....cz nk dptkn ank...




















Yg arnb wrna htm ngn pth yg sekor 2 jek...yg 2 arnab jenis len...bkn jenis bese pnya...sbb 2 klu tgk kt blu dia len dr yg arnb bese....
Yg cntik yg wrna pth cz dia nmpk cm kuda cz ade jmbul kt tengah2 antra telinga dia...











Hah...cba perhati btl2...gmbo sebelah nie plak kne asingkan dr yg jantan cz bru bersalin....ank dia nie ader 5 ekor suma sekali...comel2 sgt...3 ekor wrna htm n 2 ekor wrna pth....umo ank dia da msk 3 minggu...hehehe....








Yg nie plak arnab telinga patah...heheh cba tgk telinga dia jatuh ke bwh... jgn terkejut plak tau...cz telinga dia mmg cm2....bkn kitaorg yg pthkn...arnab nie mhl ckit dr arnab jenis bese....aku xbpe ingt nma org pth...tp aku ska pnggl arnb telinga pth...setakat nie ade 3 ekor.... aku rasa setakat nie jek r perkembangan arnb2 aku....hehehe...cmne??ade yg berminat ker??? Oppsss sry xdjual...cz bela nie ska2 jek...Wallahu 'alam

Tuesday, December 8, 2009

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.

Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' (Surah al-Ghaafir: 39)

Monday, December 7, 2009

Salam Semua

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selamat pagi semua...Hari nie Aku dtg kje ngn hati yg senang dan lapang...npe n mengapa 2 aku xtau...klu nk iktkn letih bdn nie sbnrnya...cz smlm bru blik dr kenduri kawen akk sedara aku kt phg...majlisnya bese jek...kul 3 da abs da suma skali..Hmmm ari nie aku kne jlnkn tanggungjawab aku spt bese. t kul 9.30 dak2 thn 5 da dtg tk wt latih tubi UPSR tk pekse thn dpn....kebanyakan bdk2 nie msh lemah n terawang-awang lg....wt lthn da 2-3 kali tp msh lemah lg...ade plak 2 yg xhfl sifir...so ari nie bg kmpln yg wt lthn math aku nk suh diorg hfl sifir....hehehe....mudah2an segalanya berjalan dgn lancar. Wallahu a'lam

Friday, December 4, 2009

Boring Giler !!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ni aku sje jek nk 2lis dlm nie...ngah boring sbnrnya...ngantuk pn ader...dlm mengantuk2 nie aku sempt gk r berfikir psl masalah negara skang nie. Hehehe chewahlah, cm perdana menteri plak nk pk psl negara, poyo giler...bkn pk mslh negara pn, aku cma heran jek ngn bdk2 sekolah skng nie. Kita pntla wat kelas tk diorg tk diorg berjaya, tp hampeh btl bila yg dtgnya 2 ade r dlm 5-6 org. Bygkn r 1 kelas 1 ade dlm 30 org tp yg dtgnya, blh dikira ngn jari...Apala mslh bdk2 nie sbnrnya pn aku xtau. Bdk sekolah skng nie xcm dlu...Dlu bla dgr cikgu nk wt klas, bkn main suka lg..Tp bdk sekolh skng nie, kita wt kelas ssh btl nk dtg..so, mari r kita pk sejenak mengenai masalah nie.

Smlm aku tgk rncangan 999, dlm rncgn nie diorg wt ttg serbuan kes jenayah. Tetiba jek ade plak citer psl bdk2 g cc yang buat peraturan tp diorg gk yg melanggar peraturan yang dorg wt sndri. Cnthnya cm pelajar tidak dibenarkan masuk dengan berpakaian bju sekolah, xblh bka laman web lucah...Tp bila slh sorg krew tv3 g kt 1 kmptr 1, ade bdk yg bka video lucah....So cmne skng nie? Spe yg nk disalahkan? Renung2kanlah..ade 1 lg psl bdk sekolah menipu, dia g cc 2 ngn duit blanja sekolah yg parent dia bg, bla ditanya nk call ayah bdk 2, bdk 2 blh ckp ayh dia da meninggal, tup tup jek bapa bdk 2 mncul kt balai cz dengar anak dia kne cekup ngn polis kt cc masa serbuan dijalankan...Sedih sgt ati aku bla dgr bdk berumur 9 thn menipu ayh dia da meninggal...Astaghfirullah 'al 'azim....Pe yg aku tulis disini mari lah kita sma2 renungkan masalah yg berlaku dikalangan golongan remaja hari nie, xkiralah pelajar sekolah, universiti ataupun yg da bekerja.....Wallahu 'alam.

Sunday, May 10, 2009

kenangan bersama "EKED 2009"

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang











inilah kenangan kami bersama sewaktu di Perkaya di bawah program jati diri tk ank2 ytm tingktn 2....hehehe...

sedihnya ari nie

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


huhu....aku rasa sedih sangat ari nie cz ari nie merupakan ari last aku bersama kwn2....nk wt cmne, adat r setiap pertemuan ada perpisahan...walaubagaimanapun, mereka tetap ada dalam hati...mcm2 perkara kami lalui bersama....

walaupun kejap gdh...kjap baik....kami ttp bersama...suka duka ttp bersama...huhu, pilunya ati nie...rasa cm bru 1 ari bjmpa...benarlah kata org...bila dekat kita xde pn nk ingt kt org2 yg msh disekeliling kita...tp bila jauh kita ttp kngkan mereka yg selalu bersama kita....

aku bangga menjadi shbt kpda mereka....wahai teman2ku....terima ksh ats segalanya...kenangan pahit dan manis akanku ku ingt smpai bila2....

aku doakan korng suma berjaya di dunia dan di akhirt...insyaAllah....

Monday, February 23, 2009

Teka-teki IMAM AL-GHAZALI

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


"sampaikanlah walau satu ayat"..

Related Posts with Thumbnails